Thursday, May 11, 2006

Maafkan I...


Kaki menjejak masuk ke pintu KLCC tengahari tadi, O2 yang tersemat rapi di kiri pinggangku menjerit. 012-2691 *** nombor yang terpapar di skrin. Siapa ni? Hati berdetik hairan.

" U katne?, "
kenal benar aku suara manja ini.

"KLCC "

" I kat Shamelin Perkasa. Ada interview. Tapi lambat lagi. Sementara tu jom 'lunch' sama?, "
Mati laa...

" I dengan 'officemate' sekarang. Teman dia beli hadiah,"
aku cuba mengelak dan menolak pelawaannya.

" So, U memang tak nak jumpa I la ni? O.K fine!! ,"
talian serta-merta dimatikan

Dia tidak pernah berubah. Lebih setahun, aku tidak lagi ketemu dengannya. Alasannya, dia cukup menjengkelkan. Pernah suatu ketika dulu, dia cukup gigih memandu seorang diri dari Keramat sekitar jam 1 pagi, ke Bandar Utama, kediaman aku waktu itu, semata-mata untuk melepaskan rindu dan bertentang mata denganku katanya. Tujuannya hanya satu. Ingin menambat kembali hati ini.

Pertemuan ini berlarutan hampir setiap hari dan malam. Aku mula bosan. Cubaannya, ternyata tidak membuahkan hasil. Hatiku cukup keras tatkala itu. Namun, dia tidak pernah mahu mengaku kalah untuk memenangi hati ini. Teman baikku, Lily menjadi orang pengantaraan antara kami kali ini. Dengan harapan, pintu hatiku kembali terbuka. Namun, ianya tidak berhasil sama sekali. Cukuplah untuknya. Tidak sesekali aku akan menoleh memberi hati ini kepadanya.

" I masih sayangkan Ruzana. Walauapapun terjadi, I akan tunggu dia. Am happy being a single person."

Dia cuma mampu terdiam. Sejak itu, kelibatnya tidak lagi kelihatan. Bahkan, tiada lagi panggilan telefon darinya.

" Tusy, maafkan I, "

Panggilan sebentar tadi, benar-benar mengejutkan. Tidak semena-mena, mood 'happy' aku berubah cuaca. Huhuhuhuhu.... T for Tenderness


Me & Ruzana

8 comments:

Efarojie said...

mmm...in grey mood

m for motifff??? (sore kepits)

nick said...

A for Ayok!!!!
B for Buzz
C for Choi...
D for Daaa
E for Eeee

Hahah.. sajer merepek... keep on writing k?..

Anonymous said...

I really enjoyed looking at your site, I found it very helpful indeed, keep up the good work.
»

Anonymous said...

This site is one of the best I have ever seen, wish I had one like this.
»

Anonymous said...

Very pretty design! Keep up the good work. Thanks.
»

Anonymous said...

I love your website. It has a lot of great pictures and is very informative.
»

Anonymous said...

Super color scheme, I like it! Keep up the good work. Thanks for sharing this wonderful site with us.
»

Anonymous said...

Great site lots of usefull infomation here.
»