Tuesday, May 16, 2006

Hati Jatuh pada Mak Buyung

Malam tu, sebelum melelapkan mata, otak aku berputar ligat dan berkira-kira; macam mana nak sampai ke Taman Tun, tepat jam 10 pagi sebelum boss sampai.

"Boss, I tunggu u kat O.U boleh tak?"
Khidmat pesanan ringkas.
"O.K"

Pagi tu kurang lima minit jam 10 pagi, aku dah pun terpacak depan T.G.I Fridays, One Utama. Lebih kurang setengah jam menunggu baru la nampak kelibat orang tua tu. Propaaa sangat tepat pukul 10. Setengah jam lewat. Nasib baik boss. Kalau tak....

Lepas tu, kitorang berdua menuju ke Jalan Penchala, P.J. untuk meeting dengan Pn. Nora (dia lebih suka bahasa dirinya kakak..huhuhuhu) regarding to our novels yang bakal kitorang terbitkan dan nak dicetak kat kilang Kakak Nora itu.

Janji temu pagi tu dah pun aku tetapkan minggu lepas, jam 11 pagi tapi kelibat Kakak Nora itu, tidak kelihatan lagi di opis dia. Belum sampai di pejabat kata receptionist yang duduk tercongok depan kami tu. Since, dah lama sangat menunggu, Sales Exec Kakak Nora (dia ni Managing Director), Syahrul Zuhara (perempuan ye..don't get me wrong) datang kepada kitorang entertained kitorang kejap sementara menunggu Kakak Nora itu sampai ke pejabat.

Sekilas pandang, hati dah terpaut dengan wajah 'cute'nya. Masyallah, Subahanallah, indahnya pemandangan aku masa tu. Cantiknya, Jelitanya, 'Cute'nya. Huhuhuhuhu. Hati dah mula menggeletis.

Sambil Syahrul Zuhara itu memberi penerangan pasal company Kakak Nora, dan boss aku pun petah bercakap, akibatnya aku duduk ditepi dan kadang-kadang menyampuk sambil tengok wajah sejuk Syahrul Zuhara tu. Hati dah makin berbunga-bunga dan mekar terpaut dengan kejelitaannya. Dia tak sama seperti wanita-wanita yang pernah aku kenal (tidak termasuk Ruzana ye). Walaupun wajahnya tanpa secalit mekap, tapi kechantekannya cukup teserlah. Menyerlahkan 'natural beauty'nya. Wajahnya ku tenung lunak. Redup. Membahagiakan. Tutur kata, lenggok bahasa, tone suara, personaliti mengagumkan, she's completely perfect, physically. Aduh... Inikah panahan asmara? Asmara katanya. Aku makin leka apakah topik yang dibincangkan antara dia dan boss. Leka dengan senyuman meleretnya. Leka dengan mata bundarnya. Huhuhuhuhu......

"Tedd, U ni cute la"
Secara tiba-tiba...mengejutkan lamunan. Point taken. Aku hanya mampu tersipu-sipu malu. Boss disebelah tersengih macam kerang busuk. Sah-sah sengih tak ikhlas.

"Askar-askar yang kitorang pilih mesti duduk dihadapan boss yang buruk macam I ni untuk menjaga imej syarikat",
errkkkk? again... Point taken. Mulut boss aku memang tak berhenti-henti bercakap macam bertih jagung. Tak bagi peluang langsung aku bercakap. Cheh...
"Kenapa U all tak ambik Tedd menyanyi? I think your product can be sold very well",
Mati laaa..lagi sekali. Point taken. Pipi aku bagai dah tegang sangat macam kena cucuk kolagen mengontrol macho depan Sya. Muka memang tak payah cakap la. Dah sedia merah padam.

"Sya, unfortunately, he can't sing very well like we do",
Siyuttttt.... Baru nak berangan. Kat situ jugak boss matikan angan aku. Pelamin angan ku musnah katanya.. Huhuhuhu.... Potong stim betul.
"Tapi dia memang cute, what?",
Again... Point taken. Haiyoh... Saje je nak bagi aku berangan kan?
"So, Tedd U nak minum apa? I ambikkan",
Sekali lagi secara tiba-tiba.
"Plain water je. Thanx",
jawabku sambil melakar senyuman paling manis khas untuk Syarul Zuhara.
"Jangan lupa bawak nasi goreng ke, mee goreng ke",
boss tetap jugak nak menyampuk dan berseloroh.
"Ishhhh... U ni tak baik dera I tau. I mana larat nak hidang banyak-banyak sangat. I pregnant occay",
Sya berlalu dengan perut separuh memboyot sambil melempar senyuman yang manis tapi dah kurang gula. Pregnant katanya..... Aku dapat rasakan ketika itu, waktu itu, masa tu jugak tong gas jatuh atas kepala aku. Baru la sedar, aku dah jatuh cinta dengan bini orang, hak orang. Haiyohhh... Mati la aku. Suka berangan. Menci la macam ni. Jatuh hati dengan Mak Buyung.... Malunya!!! Kenapa la aku tak perasan perut dia eyh?..... Hati menjerit pilu....

P/S: Jangan suka berangan bila orang puji dan jangan mudah jatuh cinta dengan kechantekan dan hak milik orang. Waaaaaaaaaa tak boleh ke? Huhuhuhu... T for Tongong

5 comments:

Anonymous said...

u ni dlm stage confuse lagi ke

ADam Dryx said...

Matilah mati!!!!

Haaa Lerrr!!!

Hahahaha!!

ADamDryx

Anonymous said...

akhir yer kembali ker pangkal jln kwn aku ni......
tapi betul ker ni atau PROPAHH
NAK COVERLA KONON YERRR

Encik Ayie Yang Garang said...

hahhahahahha.... T untuk Terus (str8), T untuk Tegak (str8)... bila nak jemput kitorang makan nasik minyak???

Anonymous said...

best regards, nice info »