Friday, December 01, 2006

Lagi Ceritera CINTA!


HALAMAN CINTA

Sekiranya ada rindu
Masih lagi diriku memerlukannya
Seperti malam merindukan bulan
Dan seperti siang tanpa cahayamu

Jika aku masih lagi
Di hatimu pasti kau ingin kembali
Memberi erti cinta
Dan membelai hatiku
Keangkuhanmu menggigit sanubari ini

Usaikanlah keraguanku ini
Bersihkan kembali madah
Yang telah terucap padaku
Gapaikanlah tanganku kembali
Dan jangan kau biarkan
Hati ini sendiri
Telah ku akui agungnya cintamu ini
Telah ku sedari siapa diri ini

Andai cinta ada lagi
Pastinya bukan milik hatiku ini
Untuk kembali menggapai bahagia
Dan untuk bertakhta
Di halaman cinta suci bersemi

Vokal: Misha Omar
Lagu: Adnan Abu Hassan
Lirik: Mohariz

I dan Misha Omar. I lagi tinggi dari dia ok!

Thursday, November 16, 2006

GeT WeLL SooN!! ~ NaNti BoLeH CLuBbiNg BaLiK~

I dan Ewan (southernsons; haruslah yang tengah baring kan)

I dan Ewan yang baru sahaja selesai di 'masuk jawi'kan ekekekeke

Aku lawat Ewan hari tu agak lewat, lingkungan jam 7.30 malam. Perkiraan pasti ditahan pengawal. Namun, janji dah disemat, walauapapun janji mesti dikota. Akhirnya, tiada seorang pun pengawal menahan langkah laju aku ke wad surgeri 3, HUKM. Di hujung barisan katil, kondisi Ewan nampak stabil. Bukan lah 'major operation' tetapi kesakitan tetap jelas kelihatan di riak mukanya.

Ewan, semoga cepat sembuh! Nanti boleh ber'clubbing' sama-sama. Hahahaha...

[T] FoR TanTaLiZiNg


Monday, November 13, 2006

Renjis-renjis Di Pilis!!!

Tarikh: 11 November 2006
Tempat: Dewan Bankuet MBSA, Shah Alam
Acara: Kenduri Kawen

Kiri: Dewan Bankuet, MBSA. Kanan: Kast & Apau

Kiri: Kualiti gambar kurang memuaskan. Harap Maaf. Kanan: Apau & Shaft

Kiri: Kumpulan Penari Istana. Kanan: Gambar mempelai hiks...

Kiri: Kerabat dari Tanah Jawa. Kanan: Penari-penari Istana

Gambar-gambar selepas Akad Nikah dengan Mas Kahwin sebuah Al-Quran.




Tuesday, November 07, 2006

~~Amy Mastura RuLezzz!! ~~

Teman Jiwa - Amy Mastura

Kau Membuat
Ku Bisa Tersenyum Lagi
Setelah Lama Riangku Terhenti

Kau Membuat
Ku Rasa Damai Di Sini
Kau Beri Sayap Untukku Terbang Kembali

Kau Adalah
Teman Jiwa Ku Yang Sejati
Menerima Dan Memberi

Kau Penyeri
Dalam Hidup Berliku Ini
Denganmu Ku Rasa Serasi

c/0 Kaulah Teman Jiwaku
Tempat Damai Untuk Mengadu
Temani Kala Suka Hibaku

Tika Siang Menyuluh
Sepinya Berlabuh
Kau Sentiasa Jadi Temanku

Bicara Kita Nada Yang Serupa
Bahasa Kita Sehati Sejiwa
Tiada Pernah Pun Aku Menduga
Kau Datang Membawakan Bahagia

Lagu: Audi Mok
Lirik: Amran Omar
Album: Lebih Baik

Hati tiba-tiba meruntun syahdu, tersentuh dengan melodi dan lirik yang 'very straight forward' tapi cukup beremosi. Walaupun bukan antara lagu hits dalam album 'Lebih Baik', tapi halwa telinga aku memang benar tertancap untuk dengar kali kedua, ketiga dan seterusnya. Kedengaran seperti balada cinta biasa yang tiada beza dan nuansa. Namun, bezanya lagu cinta nyanyian Amy Mastura dengan artis-artis yang lain adalah beliau menyanyikan dengan mode 'happy' (pretentious), dan 'Hakuna Ma Ta Ta' walaupun lirik lagu merujuk kekecewaan yang amat tanpa perlu mendayu-dayu dan meleleh.

Ini hanya pendapat peribadi. Jangan pula ada peminat Siti Nordiana, Syura, Mas Sate atau sesiapa sahaja menghentam entry aku kali ni. Ye!.. mereka tetap diva, nombor 1, paling atas, terhangat dan yang seangkatannya.

Namun sudah 12 tahun di persada seni dan juga semenjak kemenangannya di Asia Bagus, Amy Mastura cukup konsisten dengan genre muzik yang 'happy' dan ceria. Obses terhadap Amy Mastura tidak pernah sesekali berubah, walaupun ramai artis yang lebih baik darinya. Itu tidak dinafikan. Amy Mastura lah satu-satunya album artis melayu yang aku beli selepas Raihan (adeyy... sebab lagu puji-pujian best maa). Konklusinya, gua suka Amy Mastura. Lu tak suka, gi la mati...

I dan kakak I. Sama-sama Hobbit. Wakakaka

Sebenarnya, entry kali ni adalah tribute untuk 'Kesayangan Beta'. Lagu Teman Jiwa ni, aku dedikasikan kat 'Kesayangan Beta'. Susah senang, dia tetap setia. 1001 dugaan mendatang, dia tetap sabar. Sabar dengan ego, karenah, perangai, kehendak lahir dan batin aku.

Lurve U Sayang... Damn Much..

[T] FoR TeNdErNeSS

Tuesday, October 17, 2006

Badang Kena Sumpah

Novel Sumpahan Fasha (Fasha Sandha) & Novel Badang (Adam AF)

Punya la bangang tajuk entry aku kali ni. Kononnya macam tajuk-tajuk panas kat mastika la gamaknya. Actually, kali ni entry pasal novel. Sebenarnya, boleh dibilang dengan jari, berapa kali aku menjengah ke bahagian novel-novel Melayu (bukan bahagian favourite), di Kinokuniya, KLCC. Kalau tak menjadi laluan pilihan ke bahagian majalah-majalah, mungkin selayang pandang aku tinjau-tinjau bahagian buku-buku tebal yang kebanyakan cerita cinta tu. Eurghhhh...

Tapi hari tu, misi utama memang benar, niat ditanam, hati dah berazam, hajat disemat untuk ke bahagian novel-novel Melayu. Bukan nak membeli, tapi nak menitip perasaan bangga hasil kerja, buah tangan dan khidmat terakhir aku di KRU Bhd. akhirnya dah pun berada di toko buku yang gah di KLCC tu. Walaupun aku bukan penulis novel 'Badang' (Adam AF) mahupun 'Sumpahan Fasha' (Fasha Sandha), tapi banyak juga sumbangan aku terhadap novel sulung KRU ni.

Novel-novel karya Meor Shariman (Editor hiburan The Malay Mail) ni lah yang buat aku terkayak-kayak mintak dan amend quotation kat printer, tersengguk-sengguk mintak manuskrip kat office Meor kat NSTP; melayan karenah Adam AF la, Fasha Sandha la, manager diorang la, mekap artis la, photographer la, semata-mata nak siapkan cover novel ni. Berkali-kali jugak la aku terjah pintu bilik Amir (graphic designer) suruh siapkan cepat cover novel ni. Bila ex-bos aku, Bard dan ex-Big bos aku, Norman KRU tanya pasal progress, awal-awal lagi aku dah sound 'GERENTI BERES, bos' .

Hari terakhir aku di KRU, aku sempat habiskan bahagian terakhir dan hantar semua manuskrip termasuk la cover novel ni kepada printer kat PJ. Cuma agak terkilan bila marketing plan untuk launching novel ni yang mulanya aku cadangkan kat MPH BB Plaza & MPH One Utama serta gimik-gimik launching, tak sempat aku buat. Walauapapun, aku cukup bangga dengan terhasilnya novel ni. Cuma aku tak sempat dapatkan naskhah novel-novel ni.

Tahniah dan kredit untuk ex-boss aku, Norman, dan juga kepada mereka-mereka yang terlibat. Phewww....

[T] For Temptation

Top 5 Filem Pilihan Sepanjang Hayat


Kill Bill

1st time aku baca sinopsis Kill Bill ni kat internet, aku tak sabar-sabar nak tonton filem ni. Bukan sebab pelakon utamanya, Uma Thurman, tapi sebab pelakon-pelakon dalam filem ni sendiri memberikan komen-komen negatif terhadap filem Quentin Tarantino ni. Kebanyakan pelakon filem ni mengeji kerana filem ini terlalu violence dan buat orang nak muntah bila tonton filem ni. Mereka sendiri tidak mengesyorkan untuk menontonnya. Apa la. Tak supportive betul. Ternyata Kill Bill memang violence dan ganas tahap pari-pari. Kill!! Kill!! Ganas! Ganas!



Castaway

Aku ingat lagi, 1st time aku masuk panggung wayang sorang-sorang tengok cerita lakonan Tom Hanks ni. Walaupun Tom Hanks tak se'can do' Orlando Bloom mahupun Marcus Schenkenburg, tapi lakonannya benar-benar 'can do' berbanding Bloom ataupun Kutcher. Kerana dia la aku teresak-esak bangau bagai nak rak dalam wayang. Tu la titik permulaannya aku keluar panggung dengan mata merah. Isk Isk Tapir betul...


Forrest Gump

Sejak tragedi filem Castaway tu, aku geledah kedai-kedai jual DVD cari DVD-DVD filem lakonan Tom Hanks seperti Catch Me If U Can, The Terminal, You've Got Mail, Road To Perdition dan termasuklah Forrest Gump. Ternyata kesimpulannya, bukan paras rupa jadi sandaran, tapi nuansa watak dalam setiap filemnya benar-benar meninggalkan kesan. Lepas je aku tengok Forrest Gump, tiba-tiba semangat aku bertambah untuk membaiki taraf hidup aku. Kaedahnya, kalau Forrest Gump yang terencat tu boleh berjaya, kenapa tidak aku yang tidak terencat ni. Hahahaha... Semangat Perjuangan Harmoni. Run Forrest Run!


Saving Private Ryan

Malas nak ulas filem ni sebab Tom Hanks jugak berlakon. Kalau namanya Tom Hanks produknya pasti gerek.


She's All That

Selepas Grease, lakonan Olivia Newton-John dan John Travolta, ini adalah cerita moden budak-budak remaja yang betul-betul aku minat dan meninggalkan kesan. Kesan apa? Kesan panahan ke'cute'an Rachel Leigh Cook dan Kekacakan Freddie Prinze Jr. Kenapa la realitinya Freddie tu tak kahwin je dengan Rachel? Kenapa mesti Sarah Michelle Gellar? Ni la pasangan dalam filem yang pada pendapat aku paling cocok selepas Richard Gere dan Julia Robert dalam Pretty Woman. Disebabkan filem ni jugak la aku mula minat dengan Fat Boy Slim. Punk Rockafella. Lagu scene prom nite dalam She's All That. Boo-Hoo!!

Sunday, September 24, 2006

Hiba Ramadhan

Syahdu sungguh. Tak pernah benar rasa sebegini tiap kali menjelang ramadhan. Tatkala teman-teman seangkatan bersahur dan berbuka puasa bersama keluarga tercinta, hati bagai direnggut. Sedih, syahdu bukan kepalang. Ramadhan ibarat tiada makna bagi diri ini. Sudah jatuh ditimpa tangga. Sakit zahir dan batin hanya tuhan sahaja yang tahu. Kering sudah air mata, tidak mampu rasanya lagi nak merengek mengenang nasib. Ini mungkin satu balasan buat aku atas dosa-dosa lama. Aku redha sahaja. Selayaknya.

Tak terlintas di mata sahabat melihat gerangan diri. Keadaan ini. Aku sentiasa gembira tapi hati meraung semahunya. Orang-orang terdekat cukup sahaja meratapi nasib aku. Mereka amat memahami. Tapi apalah daya mereka. Sedangkan diri mereka sendiri perlu meneruskan hidup. Simpati sungguh. Berat mata yang memandang, berat lagilah hati nak menggalas dan memikul beban jatuh sekelip mata. Orang yang disanjung-sanjung, dihormati menusuk kembali belakang hamba. Dunia ini kadang-kadang agak kejam. Namun aku pasrah sahaja.

Teman tatkala senang, sekeliling pinggang. Kita dibelai, dimanja, dipuji. Sekali padah datang, semua hilang. Kini, setelah dituras, dapatlah disimpulkan, yang mana satu zamrud dan yang mana satu kerikil tepi jalan. Aku senyum meleret dan ketawa sendirian. Di akhir babak aku tetap meratapi nasib ini.

Terima kasih pada mereka yang masih mendampingi walau seberat zarah kecewa dihati, tangan ditadah mengucap syukur. Masih ada lagi yang sayang pada diri ini.

Salam Ramadhan....

Thursday, September 14, 2006

Adik, Get Well Soon!!!

Pagi semalam, tanpa bantuan 'alarm' aku terjaga sendiri. Paparan skrin O2 ku - Ah, baru pukul 7.30 pagi. Skrin 02 ku sentuh lagi ke senarai 'missed call'. Satu panggilan tak berjawab pada pukul 6.00 pagi. Hati tiba-tiba berdebar. Terus bingkas dari katil, pintu bilik ku kuak dan meluru ke ruang tamu. Sunyi. Pelik. Hairan. Bilik adik terbuka luas. Ku jengahkan kepala dari muka pintu. Tiada siapa. Kipas lantai masih lagi ligat berputar. Kotak rokok, jam tangan dan beg kerja masih ada. Pelik benar. Kasut kerja adik masih ada depan muka pintu utama. Cuma 2 pasang selipar getah ku lesap. Selipar getah mama juga tidak kelihatan. Makin hairan aku. Aku kembali ke katil. Duduk sambil menekan nombor telefon tangan adik. Alamak... isian kredit telefon tanganku sudah tamat tarikhnya. Mati kutu sebentar. Kepala ku labuh kembali di bantal. Entah berapa minit dan saat, Naim buat panggilan ke telefon tanganku. Ku ceritakan segala-galanya tentang pagi itu. Panggilan dibuat Naim tidak dapat dibuat ke talian telefon tangan adik, mama dan juga Ron. Mati kutu lagi.

******

Hampir jam 12 tengahari aku tiba depan HUKM dengan K. Hujan Lebat. Nasib juga K 'driving'. Agak bernasib baik tidak lencun. Aku dan K berlari-lari anak menuju ke 'reception counter. Tidak terdapat nama adik di Wad Surgeri. Pelik benar. Baru sebentar mama sempat beritahu kami dalam talian.

******

Sambil menukar pakaian untuk ke operation theatre, berkerut-kerut muka adik menahan sakit. Selepas selesai lengkap berpakaian dengan 'shower cap', troli di tolak ke operation theatre. Hati berdoa semoga adik selamat. Aku, K dan mama menanti penuh tekun di luar operation theatre. K beransur ke kelas. Tinggal mama dan aku dengan sabar menanti. Tepat 3.30 petang dan hampir tiga jam, akhirnya pembedahan berjaya. Alhamdulillah sambil kami menarik nafas lega. Hati bagai direnggut melihat adik menahan sakit luka pembedahan. Mahu saja aku pengsan di situ sahaja melihat mama menyelak baju adik untuk melihat luka tersebut. Masih lagi berdarah.

Cantik shower cap tu. Saat-saat genting untuk melahirkan kelahiran pertama. Hiks.

I terpaksa melakukan kembali tugas jururawat yang telah lama I tinggalkan


******

Adik moga cepat sembuh!!

Wednesday, August 23, 2006

Demam dan Hari Raya..

Syoh syoh.... (tengah menghalau tarantula dengan penyapu lidi). Agak-agak sudah berapa purnama blog aku ni tak dikemaskinikan kalau macam ni la gayanya penuh sarang lelabah kan. Oleh itu, aku cuba sedaya upaya nak mengemaskinikan blog yang dah bersawang ni.

Tatkala tangan menaip pantas sambil menghadap permandangan malam dan indah Kuala Lumpur dengan cahaya-cahaya lampu jalan dan bangunan-bangunan, serba sedikit mengusik perasaan. Hati menjerit... waaaaa aku demam!! Bukan main beratnya kepala menahan sakit dan sengal-sengal badan, namun aku tabahkan diri (walaupun mata dan hidung berair) menaip sepanjang mungkin entry blog kali ni.

Jika dihitung, anggaran kasar dan diteliti lebih setahun aku tak demam. Al-maklumlah, antibodi kuat. Kali ni demamnya beria-ia. Selalunya kalau tak sihat pun takde la beria macam kali ni. Selalunya demam mengada-ngada sebab nak kan benda. Hehehehehe.... Kali ni tak dapat la gamaknya aku menyertakan gambar aku tengah demam sebab kalau sesiapa tengok, Ya Rabbi, kalah nenek kebayan Gunung Ledang itu. Oleh itu, adalah baiknya jika aku biar dan menunggu sampai proses pemulihan (aiyoh.. macam ayat nak hilang ketagihan syabu pulak) tamat.

Sesambil mendengar koleksi-koleksi lagu raya kat MP3 aku ni, tiba-tiba hati menggeletis. Wah tak sabarnya nak raya. Tak sabar nak meghadiri rumah kawan-kawan untuk majlis berbuka puasa beramai-ramai. Mesti seronok. Yang seronoknya bila kita datang bersama mangkuk tingkat kosong. Hehehehehe... balik pulak penuh juadah untuk disahurkan. Itu adalah cara-cara nak berjimat-cermat ketika bulan puasa. Maklumlah, baju raya tahun ni semestinya nak tempah kat rizalman. Takkan pulak nak menjengah ke Jalan Tuanku Abdul Rahman mencari Tang Ling, Globe Silk Store, Mun Loong (erkk ade lagi ke pusat pakaian ni?) nak beli kain. Pergi sahaja yang mudah nak dapatkan kain seperti Euro Moda di KLCC hikhikhikhik.. Saranan ni sebenarnya untuk mereka-mereka yang mengikat perut dibulan puasa kelak. Kalau dah tiap-tiap hari berbuka kat hotel, restoran, merasa la beli baju raya ready made kat downtown kan.

Agak keterlaluan ye entry kali ni. Puasa lebih kurang sebulan tapi dah sibuk-sibuk nak baju raya la, kasut raya la, kad raya la segala. Takpe. Tak salah berangan kejap. Jangan dilupa amal ibadat di bulan puasa tu nanti. Dah la tiap-tiap hari banyak buat dosa. Wakakakaka...

Lalalalalalala..........

Termenung ku sendiri,
Memendam rindu tidak menentu,
Kasih sucimu yang kita bina,
Hapus hancur oleh kata fitnah..

Di pagi hari raya,
Hati sayu mengenang dirimu,
Mudahnya kau menggantikan diriku,
Seolah cintaku tak berharga....

Apakah suratan,
Aidilfitri suatu titik akhir,
Sekian lama bercinta,
Kau tiada dihari mulia.....

Keampunan ku pohon,
sekiranya aku yang berdosa,
pulanglah ku merinduimu sayang,
ku menanti dengan hati rela........
(Pulanglah - Aishah)

Waaaa... Sedih pulak lagu ni.... Ok lah nak demam balik.. *pengsan*

Thursday, June 29, 2006

Monday, June 05, 2006

Giler Bergambar!!!

Kalau dah giler bergambar macam ni la hasilnya.
Thanx to Naim, Ben, Faz n Nita, kerana anda hidupku sungguh berharga...Muahaha