Thursday, September 14, 2006

Adik, Get Well Soon!!!

Pagi semalam, tanpa bantuan 'alarm' aku terjaga sendiri. Paparan skrin O2 ku - Ah, baru pukul 7.30 pagi. Skrin 02 ku sentuh lagi ke senarai 'missed call'. Satu panggilan tak berjawab pada pukul 6.00 pagi. Hati tiba-tiba berdebar. Terus bingkas dari katil, pintu bilik ku kuak dan meluru ke ruang tamu. Sunyi. Pelik. Hairan. Bilik adik terbuka luas. Ku jengahkan kepala dari muka pintu. Tiada siapa. Kipas lantai masih lagi ligat berputar. Kotak rokok, jam tangan dan beg kerja masih ada. Pelik benar. Kasut kerja adik masih ada depan muka pintu utama. Cuma 2 pasang selipar getah ku lesap. Selipar getah mama juga tidak kelihatan. Makin hairan aku. Aku kembali ke katil. Duduk sambil menekan nombor telefon tangan adik. Alamak... isian kredit telefon tanganku sudah tamat tarikhnya. Mati kutu sebentar. Kepala ku labuh kembali di bantal. Entah berapa minit dan saat, Naim buat panggilan ke telefon tanganku. Ku ceritakan segala-galanya tentang pagi itu. Panggilan dibuat Naim tidak dapat dibuat ke talian telefon tangan adik, mama dan juga Ron. Mati kutu lagi.

******

Hampir jam 12 tengahari aku tiba depan HUKM dengan K. Hujan Lebat. Nasib juga K 'driving'. Agak bernasib baik tidak lencun. Aku dan K berlari-lari anak menuju ke 'reception counter. Tidak terdapat nama adik di Wad Surgeri. Pelik benar. Baru sebentar mama sempat beritahu kami dalam talian.

******

Sambil menukar pakaian untuk ke operation theatre, berkerut-kerut muka adik menahan sakit. Selepas selesai lengkap berpakaian dengan 'shower cap', troli di tolak ke operation theatre. Hati berdoa semoga adik selamat. Aku, K dan mama menanti penuh tekun di luar operation theatre. K beransur ke kelas. Tinggal mama dan aku dengan sabar menanti. Tepat 3.30 petang dan hampir tiga jam, akhirnya pembedahan berjaya. Alhamdulillah sambil kami menarik nafas lega. Hati bagai direnggut melihat adik menahan sakit luka pembedahan. Mahu saja aku pengsan di situ sahaja melihat mama menyelak baju adik untuk melihat luka tersebut. Masih lagi berdarah.

Cantik shower cap tu. Saat-saat genting untuk melahirkan kelahiran pertama. Hiks.

I terpaksa melakukan kembali tugas jururawat yang telah lama I tinggalkan


******

Adik moga cepat sembuh!!

1 comment:

sipemujacinta said...
This comment has been removed by a blog administrator.