Tuesday, December 11, 2007

En Route For Happiness~!!

Boss aku dengan pose ala kadar

“Sekian lama menyemai cinta, akhirnya drama cinta agung Adam dan Hawa diikat sudah dengan ikatan perkahwinan. Sama cantik, sama padan, duduk megah di singgahsana raja dan ratu sehari. Air mawar direnjis kedua telapak mempelai, tanda restu keluarga, sanak saudara, rakan dan taulan. Ikatan yang diikat, satu harapan disemat agar kekal keduanya hingga ke akhir hayat.”

“Cinta yang disemai ini, adalah atas dasar cinta pereka kepada pasangannya. Falsafah sebuah perkahwinan dimeterai oleh perasaan cinta kedua pasangan dan bahagia hingga ke akhir hayat. ‘Made To Love’, adalah himpunan busana perkahwinan yang diadaptasi daripada kisah cinta hingga ke detik kegemilangan pereka menuju gerbang perkahwinan. ‘Made To Love’ adalah satu lagi karya agung Kirana yang menterjemahkan seni estetika pada setiap helaian busananya.”


Ewww… Bila aku baca balik perenggan-perenggan kat atas ni, aku masih tak percaya yang perenggan-perenggan terbabit adalah adalah dari hasil tulisan aku sendiri. Seingat aku, aku memang tak pernah menulis gaya bahasa sedemikian rupa (sambil punggah diari-diari lama dan entry-entry lepas). Aku sendiri terbahak-bahak bila baca balik perenggan-perenggan tu. Dan aku tak percaya yang aku mempunyai ‘mood2’ seperti untuk menulis. Tetapi percayalah, aku lakukannya kerana tugas yang mengkehendaki aku menulis gaya bahasa sedemekian. Bukan kerana aku sedang ingin bercinta, tengah kemaruk bercinta atau galak nak menikah. Cuma agak terperanjat, aku ada tempias Ahadiat Akashah untuk menulis novel cinta karat. Hahaha….. agaknya.


Dulu aku selalu menulis dengan gaya bahasa yang bersahajadan mudah nak difahami. Namun kini gaya bahasa untuk label Kirana agak ‘flowery’ yang tidak melampau tetapi penuh berfalsafah. Penulisan aku kali ini juga penuh dengan terma-terma fesyen yang tak pernah ak dengar sebelum ini. ‘asymmetrical cropped, dramatically expressed poetic dark romanticism, bubble hemline, grandeur stage’ etc. adalah antara ayat-ayat yang aku guna pakai dalam ‘write-up’ Kirana. Untuk genre ini aku masih lagi dalam proses mengenali dan pembelajaran.


Perenggan-perenggan diatas jugak adalah sebahagian daripada ‘write-up’ yang aku buat untuk koleksi busana perkahwinan boss aku. Kerana koleksi inilah aku lelah bekerja lebih masa, tak tidur malam, tak makan dan lupa nak bercinta. Dan aku tak percaya yang aku sudah hamper 4 bulan tak mencucuk langit dek busy bekerja. Hahaha… mungkin ini titik tolak perubahan bagi hidup aku.


Di Kirana, bermula perubahan buat kerjaya aku. Bukanlah perubahan secara keseluruhan tetapi hanya sebahagian kecil. Alirannya tetap sama, bidang penulisan, cuma kali ini genrenye berbeda sekali. Dari wartawan pojok hiburan, aku mula bertapak, hinggalah ke eksekutif bergenre fesyen. Dah lama aku mengidamkan jawatan yang bersangkut paut dengan fesyen, kini termakbul jugak hajat dihati ingin bekerja dibawah antara pereka fesyen terkenal Malaysia, walaupun kepakaran hanya pandai memasukkan benang ke lubang jarum, namun aku diterima seadanya dalam dunia fesyen.


Di Kirana juga, aku dah pun senaraikan matlamat-matlamat yang nak aku capai sebelum umur aku mencecah 30 tahun. Antara matlamat-matlamatnya, menjahit baju melayu sendiri, memotong pola jacket sendiri, menjahit manik baju raya mak aku dan menjahit label nama aku kat baju klien. Biarlah aku memegang skrol dalam bidang undang-undang, tapi aku melangkah penuh bergaya Berjaya dalam bidang yang aku minati pulak. PEACE OUT!!

[T] For Transformers

Monday, December 10, 2007

Peeps, Hati Ini Di Sunting Orang~!!

In Love With U~!! Cry Me a River....

Akhirnya, setelah sekian lama menunggu , hati aku dah pun disunting anak dara orang. Makan hati jugaklah awek-awek kat luar sana, tengok aku dok berkepit dengan pengarang jantung. First time aku tengok dia ni, terus aku cair abis. Kulit putih melepak, rambut ikal mayang melepasi bahu, mata galak, senyum meleret manis. Adehh lerr..!! kiranya lengkap satu pakej secara fizikalnya. Yang penting, tanpa secalit mekap kat muka dia. Dah berkali-kali aku bagitau awek-awek kat luar sana yang aku hanya akan jatuh chenta pada awek yang mempunyai 'au le naturale?beauty macam tu. Kecualilah kalau muka korang cute macam Rachel Leigh Cook bertepek mekap tebal 5 inci pun aku tak teragak-agak ajak nikah walaupun nikah kat Siam, aku tak kisah. Janji anak aku cantik macam maknya dan tampan macam bapaknya. Squeeze me~!!

Aku dengan si dia pernah duduk bersembang, bercerita kembali detik-detik perkenalan kami berdua. "Abg Tedd tau tak, mula-mula Tijani jumpa Abg Tedd (matila dia panggil aku Abg Tedd), Tijani malu sangat nak cakap dengan abg." Aku Tanya balik kenapa dia malu. "Sebab Tijani suka kat abg lah. Sebab tu Tijani malu". Aku tergelak besar. Aku Tanya balik kenapa dia suka aku. "Tijani suka Abg Tedd, sebab abg Tedd baik & HANDSOME~!!?," Kali ni berderai ketawa aku sampai keluar air mata. Aku just balas, "Abg pun suka Tijani sebab cute & selalu bagi abg coklat," aku senyum meleret. Berbunga-bunga betul hati aku masa tu.

Nama si pengarang jantung hati aku ni, Tengku Tia Tijani. Matilah anak kerabatkan. Aku pun dah pasang angan-angan nak tukar nama aku kepada Tengku Teddie Treston. Matilah ramai yang baca perenggan ni hantuk kepala masing-masing kat skrin monitor ni tanda protes nak bunuh diri. Ahaks~!! Masih lagi bersekolah somewhere in UK. Duhh? Budak sekolah tapi tak pe kan? Anak Ikan muahahaha? Mummy Tijani bagitau aku yang Tijani memang suka sangat kat aku. Mummy dia pun, macam dah bagi green light jer kat aku. Hehehe? Gatal jugak aku ni!~~

Tapi sejak cuti sekolah ni, jarang sangat kami dapat berjumpa. Mummy dia bagitau aku yang dia busy pergi rumah kawan-kawan dia atau rumah cousin dia main Barbie. Tiba-tiba aku rasa rindu sangat kat Tijani. Tijani, abang rindu nak main nyorok-nyorok dengan Tijani lagi,?Hati menjerit lagi; matilah jatuh cinta dengan budak umur 4 tahun.

[T] For Tak Tahan