Monday, May 22, 2006

Lagi Cerita Hati Jatuh

Aku memang tidak pernah serik. Mudah sangat jatuh hati pada pandangan pertama. Kenapa la agaknya dengan aku ni? Ade wire 'short' ke dalam kepala otak aku nih.

Pagi tu, boss aku bagitau aku ada staff baru akan masuk hari tu untuk menggantikan tempat pengarang jantung hati aku, Fazlina (dia dah pun terbang dengan Itihad Airlines) as a marketing exec kat tempat aku.

"Laki ke pompuan?", tanya ku.
"Pompuan...", jawab boss.

O.k la kan. So, aku imagine kan dia ni mak cik2 yang dah banyak experience buat marketing seumur hidup dia. Tengah aku buat follow up quotation dengan Syahrul Zuhara @ Mak Buyung itu (aku benci la nama nih, padahal suka... muahaha), tiba-tiba boss aku meng'introduce'kan staff baru ni kat aku.

Manggg aiii.... Model mana plak nih. Perrgghh.. cun giler. Putih gebu macam cina. Badan slim dan memang cutting model. Sekilas pandang macam Dynas Beat TV. Abis la... Cair katanya. Huhuhuhu...

"Hi, am Lara (bukan nama sebenar)", sambil menghulur tangan tanda perkenalan. Cantiknya nama. Secantik empunya badan.
"Am Tedd"
"What? Tat?"
"Nope, T.E.D.D, Tedd", Cis, siyut je minah ni ubah-ubah nama aku.
"Owhhh.. Sorry. Hi Tedd, nice knowing u", senyum dilempar tepat pada jantungku.

Aduh.. Nasib baik tak gugur. Ish.. jambu sehh minah ni. Sementelah itu, dia sempat 'wink' 'wink' kan mata dia yang cantik itu kat aku. Aiyoh... apakah maksudnya itu? Sekali lagi jantung aku bagai nak gugur. Sematlah dalam hati, ingatlah sikit insiden Syahrul Zuhara tempoh hari. Takkan nak ulangi lagi kesilapan tu. Tapi Lara ni tak pregnant. Ah, orang lawa macam Lara ni, sah sah dah ada boyfriend. Takpe la, abaikan. Simpan je dalam hati.

Sambil aku tengah buat kerja di meja aku, Lara tak habis-habis senyum kat aku. Jahat la dia ni. Saje je tau nak buat aku perasan lagi. Tapi senyum dia memang mengancam abis la. Huhuhuhu.... Hilang kawalan aku macam ni. Lunch time, kitorang keluar serentak. Alamak... dia lagi tinggi dari aku la. Obvious sangat aku ni rendah. Huhuhuhu.... sedih la macam ni.

"Tedd, I ingat u ni tinggi. Nampak macam tinggi je. Tapi tinggi daripada I rupanya", Lara tersenyum sinis dengan lirik mata yang menggoda.

Aarggghhh... hampeh la minah ni. Kaw kaw aku kena dengan dia. Tersentap kejap aku. Dia mungkin perasaan perubahan mimik muka aku.

"Tak kisah la rendah ataupun tinggi, tapi u tetap comel kan"

Ewwwww.... Saje la tu nak amik hati aku. Nasib baik cantik. Kalau tak, aku dah tendang dia keluar dari lif tu.

*******
"Beb, jom smoking?", Aini (nama macam innocent giler, macam nama budak-budak kampung, tapi isap rokok kalah jantan muahahaha), kawan office aku yang paling rapat dengan aku.
"Jom", jawab ku ringkas.

Sambil smoking kat pantry dengan asap berkepul-kepul, aku sempat la menadah telinga mendengar celoteh Aini bercerita pasal boyfriend dia. Seperti rutin, tiap-tiap hari cerita yang sama. Diulang-ulang cerita yang sama cuma ditukar dalam pelbagai versi. Intipati cerita tetap sama. 'Aku sayang dia, aku benci dia, aku nak kahwin, aku nak break up'. Sabar je la budak ni kan.

"Beb, Lara budak baru kat tempat gua tu cun la. Taste la gua dengan dia. Tapi dia tinggi sehh dari gua. Huhuhuhu", aku start buka cerita pasal Lara depan Aini.
"Siapa? Lara budak baru tu? Beb.. sorry to say la. Awal-awal lagi lu dah kena reject dengan minah tu"
"Reject? Kenapa pulak? Gua tau gua pendek, tapi kalau gua kahwin dengan dia, sah-sah rezeki rumahtangga gua murah kan?", wahh.. berangan kahwin katanya.
" Ye beb rezeki lu murah. Hahahahaha... itu pun lu kena 'drag' kalau nak kahwin dengan dia"

Urrrlllpp... siyal la dia ni. Dengar perkataan 'drag' tu buat aku terkesima kejap. Motif kan kena drag.

"Dia dah ada girlfriend la. Si Mona, budak films", kata Aini sambil hembus asap rokok dengan riaknya. Selamba.

Haaa?? Lesbo ke? Sekali lagi hati aku tak berlagu. Waaaa.... sedihnya mengenangkan nasib aku ni. Selalu sangat jatuh cinta dengan orang yang salah. Menci la macam ni. Nak terjum lombong rasanya. Sah-sah aku kena cop suka berangan lepas ni. Arggghhh... tension. T for Tolol

Aku dan pengarang jantung hati, Fazlina

2 comments:

Efarojie said...

tak abis2 kakak ted ni ngn cerita lesbo nya...
:P

Anonymous said...

best regards, nice info » »