Luna Bar, Pacific Regency, Kuala Lumpur
Thursday, May 25, 2006
Di Puncak Pacific Regency
Luna Bar, Pacific Regency, Kuala Lumpur
Tuesday, May 23, 2006
Monday, May 22, 2006
Lagi Cerita Hati Jatuh
Pagi tu, boss aku bagitau aku ada staff baru akan masuk hari tu untuk menggantikan tempat pengarang jantung hati aku, Fazlina (dia dah pun terbang dengan Itihad Airlines) as a marketing exec kat tempat aku.
"Laki ke pompuan?", tanya ku.
Manggg aiii.... Model mana plak nih. Perrgghh.. cun giler. Putih gebu macam cina. Badan slim dan memang cutting model. Sekilas pandang macam Dynas Beat TV. Abis la... Cair katanya. Huhuhuhu...
"Hi, am Lara (bukan nama sebenar)", sambil menghulur tangan tanda perkenalan. Cantiknya nama. Secantik empunya badan.
Aduh.. Nasib baik tak gugur. Ish.. jambu sehh minah ni. Sementelah itu, dia sempat 'wink' 'wink' kan mata dia yang cantik itu kat aku. Aiyoh... apakah maksudnya itu? Sekali lagi jantung aku bagai nak gugur. Sematlah dalam hati, ingatlah sikit insiden Syahrul Zuhara tempoh hari. Takkan nak ulangi lagi kesilapan tu. Tapi Lara ni tak pregnant. Ah, orang lawa macam Lara ni, sah sah dah ada boyfriend. Takpe la, abaikan. Simpan je dalam hati.
Sambil aku tengah buat kerja di meja aku, Lara tak habis-habis senyum kat aku. Jahat la dia ni. Saje je tau nak buat aku perasan lagi. Tapi senyum dia memang mengancam abis la. Huhuhuhu.... Hilang kawalan aku macam ni. Lunch time, kitorang keluar serentak. Alamak... dia lagi tinggi dari aku la. Obvious sangat aku ni rendah. Huhuhuhu.... sedih la macam ni.
"Tedd, I ingat u ni tinggi. Nampak macam tinggi je. Tapi tinggi daripada I rupanya", Lara tersenyum sinis dengan lirik mata yang menggoda.
Aarggghhh... hampeh la minah ni. Kaw kaw aku kena dengan dia. Tersentap kejap aku. Dia mungkin perasaan perubahan mimik muka aku.
"Tak kisah la rendah ataupun tinggi, tapi u tetap comel kan"
Ewwwww.... Saje la tu nak amik hati aku. Nasib baik cantik. Kalau tak, aku dah tendang dia keluar dari lif tu.
*******
Sambil smoking kat pantry dengan asap berkepul-kepul, aku sempat la menadah telinga mendengar celoteh Aini bercerita pasal boyfriend dia. Seperti rutin, tiap-tiap hari cerita yang sama. Diulang-ulang cerita yang sama cuma ditukar dalam pelbagai versi. Intipati cerita tetap sama. 'Aku sayang dia, aku benci dia, aku nak kahwin, aku nak break up'. Sabar je la budak ni kan.
"Beb, Lara budak baru kat tempat gua tu cun la. Taste la gua dengan dia. Tapi dia tinggi sehh dari gua. Huhuhuhu", aku start buka cerita pasal Lara depan Aini.
Urrrlllpp... siyal la dia ni. Dengar perkataan 'drag' tu buat aku terkesima kejap. Motif kan kena drag.
"Dia dah ada girlfriend la. Si Mona, budak films", kata Aini sambil hembus asap rokok dengan riaknya. Selamba.
Haaa?? Lesbo ke? Sekali lagi hati aku tak berlagu. Waaaa.... sedihnya mengenangkan nasib aku ni. Selalu sangat jatuh cinta dengan orang yang salah. Menci la macam ni. Nak terjum lombong rasanya. Sah-sah aku kena cop suka berangan lepas ni. Arggghhh... tension. T for Tolol
Aku dan pengarang jantung hati, Fazlina
Tuesday, May 16, 2006
Hati Jatuh pada Mak Buyung
Lepas tu, kitorang berdua menuju ke Jalan Penchala, P.J. untuk meeting dengan Pn. Nora (dia lebih suka bahasa dirinya kakak..huhuhuhu) regarding to our novels yang bakal kitorang terbitkan dan nak dicetak kat kilang Kakak Nora itu.
Janji temu pagi tu dah pun aku tetapkan minggu lepas, jam 11 pagi tapi kelibat Kakak Nora itu, tidak kelihatan lagi di opis dia. Belum sampai di pejabat kata receptionist yang duduk tercongok depan kami tu. Since, dah lama sangat menunggu, Sales Exec Kakak Nora (dia ni Managing Director), Syahrul Zuhara (perempuan ye..don't get me wrong) datang kepada kitorang entertained kitorang kejap sementara menunggu Kakak Nora itu sampai ke pejabat.
Sekilas pandang, hati dah terpaut dengan wajah 'cute'nya. Masyallah, Subahanallah, indahnya pemandangan aku masa tu. Cantiknya, Jelitanya, 'Cute'nya. Huhuhuhuhu. Hati dah mula menggeletis.
Sambil Syahrul Zuhara itu memberi penerangan pasal company Kakak Nora, dan boss aku pun petah bercakap, akibatnya aku duduk ditepi dan kadang-kadang menyampuk sambil tengok wajah sejuk Syahrul Zuhara tu. Hati dah makin berbunga-bunga dan mekar terpaut dengan kejelitaannya. Dia tak sama seperti wanita-wanita yang pernah aku kenal (tidak termasuk Ruzana ye). Walaupun wajahnya tanpa secalit mekap, tapi kechantekannya cukup teserlah. Menyerlahkan 'natural beauty'nya. Wajahnya ku tenung lunak. Redup. Membahagiakan. Tutur kata, lenggok bahasa, tone suara, personaliti mengagumkan, she's completely perfect, physically. Aduh... Inikah panahan asmara? Asmara katanya. Aku makin leka apakah topik yang dibincangkan antara dia dan boss. Leka dengan senyuman meleretnya. Leka dengan mata bundarnya. Huhuhuhuhu......
Aku Cinta Kau dan Dia
Memang salahku, yang tak pernah bisa
*Sekali lagi maafkanlah
Mungkin tak mungkin 'tuk terus bersama
Simpan sisa-sisa cerita cinta berdua
Thursday, May 11, 2006
Maafkan I...
" U katne?, "
"KLCC "
" I kat Shamelin Perkasa. Ada interview. Tapi lambat lagi. Sementara tu jom 'lunch' sama?, "
" I dengan 'officemate' sekarang. Teman dia beli hadiah,"
" So, U memang tak nak jumpa I la ni? O.K fine!! ,"
Dia tidak pernah berubah. Lebih setahun, aku tidak lagi ketemu dengannya. Alasannya, dia cukup menjengkelkan. Pernah suatu ketika dulu, dia cukup gigih memandu seorang diri dari Keramat sekitar jam 1 pagi, ke Bandar Utama, kediaman aku waktu itu, semata-mata untuk melepaskan rindu dan bertentang mata denganku katanya. Tujuannya hanya satu. Ingin menambat kembali hati ini.
Pertemuan ini berlarutan hampir setiap hari dan malam. Aku mula bosan. Cubaannya, ternyata tidak membuahkan hasil. Hatiku cukup keras tatkala itu. Namun, dia tidak pernah mahu mengaku kalah untuk memenangi hati ini. Teman baikku, Lily menjadi orang pengantaraan antara kami kali ini. Dengan harapan, pintu hatiku kembali terbuka. Namun, ianya tidak berhasil sama sekali. Cukuplah untuknya. Tidak sesekali aku akan menoleh memberi hati ini kepadanya.
" I masih sayangkan Ruzana. Walauapapun terjadi, I akan tunggu dia. Am happy being a single person."
Dia cuma mampu terdiam. Sejak itu, kelibatnya tidak lagi kelihatan. Bahkan, tiada lagi panggilan telefon darinya.
" Tusy, maafkan I, "
Me & Ruzana
Wednesday, May 10, 2006
Menanti Sebuah Jawaban
c/o Sepenuhnya aku ingin memelukmu
Betapa pilunya rindu menusuk jiwaku
Menanti Sebuah Jawaban - Padi
Tuesday, May 09, 2006
Merenung Pagi Yang Mendung...
Muka-muka sembab, demam dan tak larat nak buat keje. Tapi tetap nak pose orked kanzz.
Monday, May 08, 2006
'Ali Syaitan'
Isnin yang sunyi....
Awal pagi Isnin 8hb.. duduk depan t.v, tengok cite Ali Setan sambil buat draft untuk entry blog. Gigih katenye. Aku dah macam orang giler tergelak sorang-sorang tengok babak Ali Setan yang nak mengorat Asmidar tu. Bila tengok Ogy masa muda-muda dulu, aku teringatkan Ruzana. Saling tak tumpah macam Ogy. Aku memang rindukan Ruzana.
Aku pun hairan, even jalan citernye terang-terang 'cliche' dengan citer cinta yang lain, tapi Ali Setan tak pernah buat aku bosan dengan baris-baris dialog yang boleh buat aku gelak dan hafal. Huhuhuhuhu
"Tipah tertipu bang! Tipah tertipu".
Haiyohhhh.... trademark Sheila Majid dari dulu sampai sekarang. Tu la filem Sheila Majid yang first dan jugak yang terakhir. Ade lagi, ade lagi...
"As, apa jua dari kau, racun pun aku sanggup terima".
"Sudehhhhhhhh!!!! Jangan kau ucap kata cinta lagi. Aku jijik mendengarnya!". (Imagine gaya-gaya over-acting Ogy menghayati 'line' yang ni).
Muahahaha.. Aiyorrkkk.. Suka la mcam ni.
"Semakin As membencinya, semakin kuat cinta As padanya, Kak".
Hadoilaaa.... Apakah Maksudnya itu. Suka jugak la. Aku dah siap-siap golek atas sofa depan TV ni. Feeling berangan kan.
Sebelum melayan mata nak tidur ni, sempat lagi berangan dengar lagu-lagu oldies 'koleksion' aku.. Hati berdetik.. Rindunya pada seseorang. Rindu bukan kepalang. Bila lagi dapat ketemu.
'ting tong' (sungguh keji bunyi ni). Bunyi isyarat mesej dari O2 aku.
"Hey, Tedd buat apa tu? Dpt SMS 1000 free x? K la nak tdo. Gudnite n sleeptight". Mesej dari seorang teman. Mati la ber'sms' sampai kematu jari. Papai..
Sunday, May 07, 2006
'GIGIH' Week. BaNzAi!
AHAD Yang INDAH.....
One Word 'GIGIH'....
Walaupun mata dah membengkak, walaupun waktu tidur dicuri, walaupun muka dah macam zombie...Yang penting 'Happy' dan 'Gigih'. Lately, aku memang dalam keadaan 'mood' yang gembira (walaupun kena bambu dgn boss, kena perli dgn boss, stress di tempat kerja). Gembira bersama-sama kengkawan tercinta katanya. Hidup aku kian mekar dengan gelak tawa, kasih sayang rakan taulan sekitar. Hidup kembali ceria setelah dibuang oleh cinta dusta (Choiiiii....sambil tepuk bumbung Spectra Movus). Bahagia bukan kepalang, setelah tahu apa itu makna 'kebebasan mutlak'. No String Attach. Bebas nak buat apa kanzzz... Takde sape nak kongkong. Muahahahaha....
Gigih Kuar Lepak
Bermula la episod kutu embun. Dah lama dan tak pernah (eehhh?) melepak macam ni. Bermula di Rawsha Jalan Ampang, Kg. Bharu, NZ (BTM) Wangsamaju, weekdays (hari bekerja ye) gigih melepak dengan budak-budak yang masih lagi dibangku sekolah (haiyohhhhhhhhhhhh) hampir tiap2 malam hinggalah ke awal pagi. Cuma satu dalam hati; 'melupakan sejarah hitam'. Ternyata, ianya cukup efektif. Suka la macam ni. Merasalah mata lebam-lebam dan ber'eye-bag' pergi kerja. Ramai la yang 'sound' muka tak semenggah dan tak berseri. Gigihnyaaaaaaa.....
Gigih 'Clubbing'
Semenjak peristiwa hitam (katenye) itu, tabiat 'clubbing ni dah menjadi rutin mingguan ye. Mati la separuh duit gaji hanya untuk berlibur sahaja. Perkara yang tak pernah dibuat, dah pun aku buat. In fact, dah berani panjat pole ni. Mampus la.. berani mati sajork. Aku bayar kanzzz masuk club. Ramai la mata sinis memandang gelagat aksi-aksi aku (lite-lite jer) terutama kakak Fazliana terkesima. Muahahahaha... Aku memang dah giler. Nasib baik la takde paparazzi atau mamarazzi yang post gambar-gamabar yang tak sanggup mak dan ayah aku nak lihat dalam Media Hiburan. Tak pe... Yang Penting Kejujuran (Cam kenal ayat ni).
Walaupun segigih mana bersama-sama teman tersayang berlibur, tetapi hati tiba-tiba terdetik; rindunya aku pada si 'A'.... haaaaaaaaaaaa adakah ADAMDRYX? Adakah AYIE AZURY? APAT Atau ANIM? Satu je nak cakap... BIARLAH RAHSIA..MUAHAHAHAHAHA.....
P/s: BLog ni buhsan la.. sebab takde gambar kan. Nanti nak hias2 chantek2 dgn gambar. (faz take note ok).. tetiba je..