Tuesday, May 13, 2008

Dalam Hati Ada Jordan Hill~!!

Semalam aku sempat punggah gerobok bawah katil, selongkar segala kotak-kotak yang ada dan menyepahkan balik bilik aku. Sesambil aku tengok gambar-gambar lama (KLMJ - kenangan lalu mengusik jiwa...AWAS~!!), aku terjumpa album 'PERTAMA' yang aku beli hasil duit poket sekolah aku dulu. Sangat-sangat teruja~! (sambil menitiskan air mata). Aku masih lagi simpan album ni walaupun dalam bentuk kaset dan masih lagi dalam keadaan yang baik.

Album Jordan Hill ni aku beli sekitar tahun 90-an, di mana ketika tu aku dalam lingkungan 12 tahun bersamaan dengan darjah enam. Sudah berbelas tahun usia album ni. Ishh... tua betul. Setua umur aku kot. Hehehehe.... Aku menolak tepi Mariah Carey (masa tu dengan album Music Box dan Daydream) dan Whitney Houston (Soundtrack The Bodyguard - album ni aku hilangkan - nangis~!) semata-mata tertarik amat dengan minah sorang ni. Dengan harapan aku ingin benar melihat Si Jordan Hill ni menjadi superstar seperti Mariah Carey mahupun Celine Dion, namun dengan satu album sahaja dia terus lenyap.

Aku tak tahu mana silapnya produk David Foster (yang pernah terbitkan album Celine, Whitney, Natalie Cole, Air Supply etc) ni. Senarai lagu-lagu di dalam album Jordan Hill ni, begitu gah dan hebat untuk halwa telinga aku. Masakan tidak, artis baru sepertinya ketika tu mampu berduet dengan Bee Gees dan All for One. Sementelah itu, lagu 'Remember Me This Way' menjadi lagu soundtrack rasmi filem 'Casper' (lakonan Christina Ricci dan Bill Pullman) ketika tu. Pendek kata album ini tidak pernah menjemukan halwa telinga aku dengan hidangan lagu-lagu nan menyentuh sanubari. Cukup bintang satu semesta aku nak bagi untuk album ni. Duuuhhhhh~!!!


Ni la satu-satunya album yang paling aku sayang yang still ada dalam simpanan aku. Sigh~!!


Ni adalah 'single' pertama Jordan Hill - For The Love of You


Ni pulak lagu soundtrack untuk filem 'Casper' - Remember Me This Way
(Lagu ni nak dedicate kat my ayam masak merah)


Ni lagu yang Jordan Hill Duet dgn Bee Gees - Too Much Heaven

[T] is Too Much Heaven

No comments: