Tepat 8.30 malam, bersyukur juga cuaca malam itu benar-benar indah. Aku dan Acap di turunkan oleh Nyonya Ainon betul-betul di hadapan Basil Leaf Restaurant di Jalan Damai. Mata agak tertancap dengan suasana sekitar restoran yang begitu mempesonakan dan mengghairahkan. Dengan persekitaran indo-chine, dengan lighting seminima mungkin, malam itu benar-benar romantika di Chiang Rai. Selera santap makin besar marginnya.
Setelah hidangan-hidangan penuh di meja, masing-masing dengan lahap (hilang adab sopan santun) dan seberapa pantas menghabiskan appetizer dan juga 5 main course yang ada menewaskan tahap kelahapan para perlarian Rwanda. Badan aku dengan tidak semena-mena 'out-of-shape' dan kepala mula lalok mengalahkan mabuk wiski kerana terlalu kekenyangan.
Aku cuba sedaya upaya memberi penghargaan penuh kepada Acap kerana sudi beramal jariah malam itu dengan melicinkan segala sisa-sisa makanan di setiap pinggan mangkok di meja itu. Terima Kasih sekali lagi. Kalau boleh beramal jariah selalu. Tidak sempat suapan terakhir main course sampai ke esofagus, aku bagai dihinjak kesedakan bila dessert sampai tepat pada waktunya. *Pengsan*~! Bila dah tersandar, mulut tak mampu nak bercakap, kepala otak dah mula mereng dek kenyang sampai nak terbelahak. Bila bil sampai....*Pengsan*~!! BIL MAKAN MALAM BERSAMA ACAP = PERBELANJAAN MAKANAN SELAMA SEBULAN. Nanges~!! Sememangnya 'A Nite to Remember'.
Suasana romantik Basil Leaf Restaurant
Appetizer; ulam-ulam dari Siam yang ntahapaapantahnamanye.
5 main course yang buat air liur berjejer. Ada itik, ada udang, ada siakap, ada asparagus dan tom yam. Sebelah gambar tu pulak, dessert. Hagen-Dazs Rum n Raisin dan mangga dengan pulut melekit.
[T] is Tamarind Spring
1 comment:
u suka entry2 u.....very the visit malaysia year...x cam i, klau p fine dining mesti nk yg ala2 western cuisine =)
Post a Comment