Thursday, August 02, 2007

Tagged: 6 Perkara Pelik Tentang Tedd

Entry kali ini bukan pasal lagu-lagu, atau lirik-lirik lagu seperti entry-entry yang lepas. Kali ni pasal "6 Perkara Pelik Tentang Tedd" , which is aku la tu. Aku tak tahu siapa la pelopor 'menatang' ni, di mana sesiapa yang kena 'tagged' namanya oleh any bloggers, bla bla bla~~~ .... aku pun malas nak terangkan macam mana and tak reti macam mana nak terangkan walaupun pada zahirnya aku paham konsep 'menatang' ni. Mengikut sukatan 'kedekut ilmu' la gamaknya ni. Hiks..

Untuk pengetahuan, aku telah pun di 'tagged' oleh kawan baik aku sendiri 'Kast' yang sengaja nak memalukan diri aku di khalayak seantero dunia, walaupun orang di Burma pun tak paham apa yang diorang baca pasal entry aku ni. "Dari ko takde kerja mengumpat dan mengutuk aku, baik ko buat 'tagged2' dalam blog ko tu". Tak pasal-pasal kena marah kan dengan itu Kasteriya sebab 'menatang' ni. Aku expect dia nak cakap, "Dari ko takde kerja mengumpat dan mengutuk aku, baik ko save duit ko pegi CC ni. Nanti ko takde duit ko pinjam kat aku jugekkkkkk", sambil menjuihkan bibir dan mengurut jambang. Hampun!

Mukadimah je dah satu kamus panjangnya. Isi kandungan sebenar tak juga dimulakan. Di bawah adalah senarai "6 Perkara Pelik Tentang Tedd". Selamat mengetahui rahsia aku. (Rahsia ke?) Chaiyok!!..

1. Aku Suka Tomato - Perkara ni aku sedar sejak aku dari kecik lagi. Aku suka sangat makan buah tomato, sos tomato atau apa sahaja makanan yang berasaskan tomato. Makan nasik pun aku makan dengan sos tomato. Kadang-kadang kalau ada bekalan sos tomato, aku suka makan sos tomato semata-mata. Kadang-kadang juga, aku suka curi buah tomato dalam peti ais mak aku dan aku akan makan mentah. Oleh itu, I LOVE ITALIAN FOOD!!. Bukan tak sedar diri aku ni melayu, tapi aku suka la tomato ni. Masa kecik-kecik dulu aku suka tengok kartun 'Tomato Man' (tetiba je).

2. Aku Tak Suka Katak - Sejarah pasal aku tak suka katak ni, juga semasa aku kecik-kecik dulu. Aku tak larat nak cerita sebab apa aku tak suka katak. Katak geli, katak muka buruk, katak berlendir, katak huduh, katak keji, katak yikessss!!. Ketakutan aku pada katak, pernah suatu ketika, aku mengigau katak masuk dalam baju aku masa aku tengah tidur. Kalau ada katak dalam rumah, aku orang pertama menjerit (bukan menjerit ala-ala perempuan yer tapi jantan walaupun kat sini aku dah hilang markah kejantanan aku) mintak mak aku buang ke luar rumah. Ko jangan gelak ye Kast. Antara ko dengan aku, kalau jumpa katak, suara ko lagi nyaring menjerit dari aku yang jerit serupa macam tak menjerit ni. Say 'No' to KATAK keji!!.

3. Aku Tak Suka Hari Raya Pertama - Mesti orang kata aku giler sebab bodoh sangat tak suka hari raya. Padahal, semua orang menunggu saat-saat ini untuk menayang baju-baju raya, dress leret, kebaya ketat masing-masing. Aku bukannya tak suka raya. Aku suka shopping masa nak dekat raya, buat kuih raya, makan kuih raya dan segala-galanya pasal raya cuma aku tak suka saat raya pertama tu sebab kena salam-salam dengan parents, adik-beradik, dan sedara-mara aku yang lain. Itulah perkara pada aku sangat pelik. Aku tak suka salam sambil cakap, "Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin. Halalkan makan minum bla bla bla". AKU RASA PELIK!!. Ditambah pula kalau salam dengan mak aku dan kakak-kakak aku, diorang mesti nak nangis-nangis sambil confess kesalahan masing-masing, sebab lepas tu aku pun mesti nangis jugak tak pasal-pasal. Boys Don't Cry!! (tetiba je).

4. Aku Tak Suka Salam - Giler kan aku ni. Terus terang, aku memang tak suka salam orang. Aku kalau boleh nak mengelak dari salam mak aku, ayah aku, abang aku, kakak-kakak aku, sedara-mara aku dan sesiapa sahaja. Kalau aku salam tu maksudnya aku salam dengan tak ikhlas la tu. Aku tak tahu aku ni bangsa apa tak suka salam orang. Tapi aku paling suka salam 'lover' aku. Pada aku, salam 'lover' sendiri sambil dia atau aku cium tangan, aku akan rasa macam romantik sangat. Hiks~~!!. Kalau salam mak sendiri tak romantik (Kau memang anak DURHAKA!!). Huhuhuhu..

5. Aku Suka Jumpa Doktor Gigi - Aku ni memang 'weirdo' la. Yang bukan-bukan je yang aku suka. Aku suka jumpa doktor gigi sebab 'no reason'. Aku pun tak tau kenapa aku suka jumpa doktor gigi. Aku rasa macam bangga sangat dapat jumpa doktor gigi instead of bangga menerima skrol dari Chanselor Universiti. Aku tak tahu kenapa perasaan aku sangat bangga ketika jumpa doktor gigi. DENTIST RULESS~~!!

6. Aku Tak Boleh Tengok Mata Orang Merah - Ni lagi la pelik. Aku tak boleh tengok mata orang lain dalam keadaan merah. Nescaya, mata aku akan merah dan berair-air selepas itu. Tak kisah la mata orang tu merah sebab menangis, masuk habuk, bangun tidur dan sebagainya, aku memang tak boleh tengok (Honestly, masa aku taip baris entry ni mata aku dah merah dan berair-air). WEIRDO!!
[T] For Tak Suka

7 comments:

Anonymous said...

mutif fitnah ak jering nyaring..aku jerit mengaum ok!..wakakakaka!!...at least aku x jerit2 kepits tengok gamba katak~hahahhaa...

-kast

Anonymous said...

eyh aku pulak... sape yang selalu sore kepits// ko kan.. ko jgn menuding jari kat aku ye

Anonymous said...

sudehhhhh...speak for urslf...omomg sama tangan!

-kast

Anonymous said...

ko mmg suka amik tagline aku kan.. muka ko muka copy n paste...

zack said...

satu lagi ted kena tambah...aku suka makan pizza yg diberi oleh abg2 kelly clarkson...lariiiii

Anonymous said...

i setuju tu zackkkkk!!!... kurlast ko ted..dpt sponsorship kelly ng clarksons!!

kast

Joey said...

hello...bersiar-siar di alam maya sehingga sampai ke sini...hehehe


just one thing....

suka sangat buah tomato ek....

ni mesti kulit cantik....kan...

hahaha..anyway..

saya di sini menghulurkan salam perkenalan