Tuesday, August 21, 2007

Istanbul..... Here I come~~!!

"You can stand under my umbrella ella ella eh eh"

Aku tak paham actually, method tagged thingy ni. Lagi sekali aku kena 'so called tagged', kali ini oleh Nadiatul Nisa a.k.a Isis Natasha (Indah nama ni. Ala-ala nama biarawati yang lari dari gereja St. Paul Melaka convert to Islam dan tukar nama ke Nadiatul Nisa) Hampun Isis***. Al-kisahnya, nak dijadikan cerita 'tagging' kali ni adalah seperti berikut (sorry cut & paste je arahan. Malas nak karang panjang-panjang explain segala. Masa itu emas. WAL ASRI, INNAL INSA NALAFI KHUS... tetiba jer. ekekekeke)....

(a)You've been T A G G E D ! ! ! - "List out 5 people whom you would like to bring along with you to Istanbul, Turkey; where you will spend with them a week- long stay at the luxuriously furnished Grand Sultan Suite at the ever majestic Ciragan Palace Kempinski Hotel. Owh and do tell us why these 5 lucky people deserve to be there with you…" And to that 5 lucky people listed in the entry, C O N G R A T U L A T I O N S ! ! ! You've just been T A G G E D ! ! !

Ok. Itu arahannya. Jadi, aku terpaksa menyediakan 5 seats ke Instanbul itu dan 5 orang yang aku pilih sebenarnya adalah insan-insan yang terpilih. Oh ya, sebelah seat aku, tentulah aku sediakan untuk orang yang tersayang. Yang mana-mana tak terpilih, ampun maaf zahir dan batin. Kalau ada trip ke Batam atau Burma, mungkin itu peluang anda untuk kita bersama-sama menaiki tongkang ke sana kelak. Oleh itu berdoalah agar trip ke Batam atau Burma itu menjadi kenyataan.

1. Kast - Aku mesti bawak dia ke Instanbul. Dia ibarat orang kanan aku. Cubit peha kiri terasa peha kanan (apa relevannya ayat ni pun aku tak tau). Dia sentiasa ada di saat aku susah dan senang. Dia kawan baik aku dunia akhirat. Dia sentiasa bagi nasihat yang bernas dan diterima akal. Cara pemikiran aku dan dia selalunya sama. Dia boleh tahu apa yang aku suka dan apa yang aku tak suka. Rumusannya, aku mesti bawak dia sekali. Ok kast, aku dah puji ko melambung ni. Oleh itu, aku nak cardigan hoodie yang kita tengok kat ZARA hari tu. Berapa sangat la kan nak dibandingkan dengan harga persahabatan kita yang murni ni. Ekekeke..

2. Bunny - Aku mesti bawak dia ni juga ke Istanbul. Kalau aku susah hati dan gundah gulana, hanya dia sahaja yang mampu comfort kan aku. He's a miracle for me. Dia orang penting juga. Matila anak ikan. -away-






3. Ewan - He's one of my best friend. Dia mesti aku bawak sekali. Dia juga merangkap hair stylist aku. Penting untuk dia menyiapkan rambut aku semasa sesi snappy2 kat Istanbul nanti. Selain menjadi hairdresser untuk semua delegasi ke Instanbul, he's kinda protective and brotherly type. Aku rasa selamat and protected apabila setiap kali keluar bersama dengan dia ni (tu pun sebab dia tinggi macam galah kan). Delegasi semua tidak perlu risau, sementelah dia pun berjambang segala iras-iras pengganas timur tengah. So, we are protected by terrorist. TAKBIR~!! Allahuakbar~!! (mati la ko tak lepas kat airport Istanbul)

4. Taj - Dia ni salah satu tunggak yang bagi sedikit harapan untuk kehidupan tunggang langgang aku selama ni. He always find a solution how to be a manageble person and all that (mati la ko aku speaking Thai-English). He's kinda knowledgeable person sebab ermmm ... I must say sorry, dia orang-orang lama. Dia lebih dulu makan garam dari aku. So, kalau delegasi ke Istanbul ini castaway kat pulau yang tak berpenghuni (simpang malaikat 44 kan), kita semua mampu survive dengan adanya Mak Bee. Merasa la makan pucuk paku mentah.

5. Ben - Semestinya my brother, Ben. Dah adik kesayangan mesti la bawak sekali kan. Dia ni pun antara orang yang penting yang selalu berada dengan aku tak kira susah mahupun senang, suka mahupun duka. So, kalau aku tak bawak dia sekali, mesti dia tarik muka dengan aku. Huhuhuhu.....




YEAY!! seronoknya BERANGAN pergi Istanbul. Aku suka berangan. Lepas ni aku berangan nak pegi Burma ke Batam ke Timor Timur ke. So, delegasi semua, sediakan perbelanjaan anda untuk next trip nanti (sambil tangan check nombor handphone untuk dapatkan bantuan scholarship). BEST~~!!

T For Totenham Hotspur

2 comments:

Anonymous said...

berjejer air mate aku sbb dpt ikut same g Istanbul yeayy!! (dalam mase ini, penulis sudah siap2 pack 3 luggages nk bwk pi airport)~

Isis Natasha said...

sentap tak bawak sekali. sedangkan aku yang bawak ted ari tue. LOL!!
hiks! merasalah .. kite jumep kat sana je la

btw, ted, i baru je call tha hotel. i cakap kalo boleh ur delegasi ngan delegasi dpt satu level semua. senang sikit kalo nak keluar ke apa. tak yah la nak naik lift semua.

btw, awat i nye PA nak call PA u bout this trip tak dpt. PA u tutup phone ke? masuk mailbox.
double check please.

love, Isis