Saturday, August 02, 2008

Sekeping Kad Cinta & Kek Pertunangan~!!

Pagi tu, aku masih lagi diulit kebahagiaan mimpi, tidak semena-mena selfon aku menerima khidmat pesanan ringkas daripada N. “Abg, I nak tempah miniature cake & greeting card sekali. Untuk ****. Buat cantik2 k?”

Lantas aku bingkas dari katil membelek beberapa jenis kertas yang tinggal dalam simpanan. Kertas simpanan yang tinggal tidak begitu merangsang idea aku pagi itu. Aku gegas bersiap dan menuju ke kedai alatulis berdekatan.

Pilihan jenis dan warna kertas yang pelbagai di kedai terbabit, kembali menjana kepala otak aku dengan bermacam-macam idea. Beberapa kertas menjadi pilihan, aku pulang semula ke rumah dan menyambung kembali tidur aku.

Malam itu, aku mengagak-agak beberapa rekaan dan rekaan dedaun dan perfume CK menjadi pilihan muktamad. Syukur juga, N suka benar kad yang dibuat. Selamat Mengikat Tali Pertunangan kepada N itu~!!



Miniature kek turqoise yang ditempah oleh N (kiri) & Kek cawan yang ditempah pada hari yang sama oleh pelanggan dari Johor Bahru (kanan)



Kad ucapan yang juga ditempah oleh N itu; Dari pandangan hadapan




Bahagian dalam kad ucapan

[T] is Turqoise

1 comment:

Efarojie said...

i love the card n how d colors blend gracefully with the miniature bottle of n2u~