Tuesday, July 17, 2007

Rindu Padanya

Ye Olde Smokehouse, Fraser Hill

Buat kesekian kalinya, untuk tahun 2007, jari-jemari kuat benar menggenggam erat pena, sekuat hati melonjak untuk mengimbas satu tahun kecelaruan hidup. Malu membuka pekung ditewaskan rasa rindu kepingin menulis kembali.

Durasi setahun ini adalah durasi yang amat tragik sepanjang hidup. Dari arah mana nak dicungkil, ceruk mana nak dilihat dahulu dan punca mana nak didahulukan, aku sendiri tidak pernah tahu. Tiada apa yang perlu dikongsi, selain kesedihan yang tak henti-henti berkunjung.

Sejenak terfikir, cukup berbangga dengan diri ini, di luar jangkauan, aku tabah benar melalui lembaran-lembaran kesedihan yang kadang-kadang tidak diterima akal, seorang diri. Air mata bercucuran untuk yang entah keberapa kali.

Harapan disemat, biarlah selepas ini cerita gembira kembali menyinggah. Rindu benar dengan kegembiraan hidup yang sebetulnya. Beri peluang pada kegembiraan. Aku merayu pada-MU. AMIN
[T] For Tremendous

2 comments:

Efarojie said...

hurm..kakak...mohon pada tuhan..ingt pada tuhan...

Ishkandar said...

kau ingat kau CANTIK!!!! ha ha ha ah